Posts

Kuih Tradisional Terengganu

Image
KUIH TRADISIONAL TERENGGANU KETUPAT SOTONG Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan.Bagi penduduk di pantai timur, ketupat sotong antara makanan yang dianggap menarik dan mempunyai penggemar tersendiri. KUIH BERONOK Kuih Beronok atau juga dikenali sebagai beronok sagu merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia dibuat daripada sagu biji atau juga dikenali sebagai sagu mata ikan. Kuih Beronok ini dimakan bersama dengan kelapa parut. KAYU KERAMAT Makanan tradisional Terengganu yang sedap dan kebanyakan sebagai menu makan pagi. Biasa dijual diwarong warong tepi jalan dan agak susah didapati dipasar pasar. Kayu Keramat rasanya memang sedap.Rupanya ada persamaan ngan Cakoi tetapi rasanya tak sama.Kalau cakoi ada rasa bawang dan berwarna putih manak...

Asal-Usul Terengganu

Image
Sejarah Terengganu Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai  Terengganu  oleh saudagar  Cina , Chao Ju Kua pada tahun  1225  yang menyebut sebagai jajahan takluk  Palembang . " Negarakartagama ", tulisan Prapanca dari  Jawa  pada tahun  1365 , menyatakan bahawa Terengganu,  Paka  dan  Dungun  di bawah taklukan  Majapahit . Berdasarkan bukti arkeologi  seperti  kapak batu  dan  tembikar  yang dijumpai di Gunung Bewah, terdapat manusia  tinggal di situ sejak  4000 SM . Pada  Batu Bersurat Terengganu  terdapat pula catatan nama  Raja Mandalika . Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernama  Megat Panji Alam  dan juga  Tun Telanai . Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor . Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor,  Laksamana ...

Tempat-tempat menarik di Terengganu

Image
11 Tempat Menarik Di Terengganu, Ramai Tak Tahu! Tempat menarik di Terengganu Rata-rata yang datang tidak akan melepaskan peluang berehat di pulau, tasik dan pantai sekitar Terengganu. Namun tahukah anda, selain tempat-tempat berkenaan, Terengganu juga mempunyai tempat warisan  sejarah, seni binaan lama, peranginan, gunung yang boleh diterokai dan bermacam-macam aktiviti yang boleh meluaskan pengalaman dan menambah keseronokan percutian. Apa lagi, jom kita kenali tempat-tempat pelancongan menarik yang boleh dilawati ini. 1. Santuari Kelah Sungai Petang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu Bagaimana rasanya jika dikerumuni ribuan ikan? Panik? Teruja? Alaminya sendiri di Sungai Petang yang terletak dalam kawasan Tasik Kenyir. Sebaik sahaja berada dalam sungai, ribuan ikan kelah bagaikan menanti kedatangan anda dan terus mengerumuni anda. Memang gerun awalnya melihat sekumpulan ikan yang banyak datang menyerbu namun perasaan itu akan bertukar m...

Makanan kegemaran Orang Terengganu

Image
Keropok lekor  atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di  Terengganu  yang terkenal. Perkataan "Lekor" bermaksud "Lingkar" dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit  garam . Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Kandungan  ikan  yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan  iodin  semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor di beberapa negeri lain selain  Terengganu . Keropok lekor biasanya tidak...